Layout

Saturday, June 11, 2011

April Fool?


saya tahu, sekarang ni bukan bulan april, tapi saja nak ingatkan kawan-kawan tentang April Fool ni.

Tahukah anda yang April Fool ni sebenarnya menyambut kejatuhan umat Islam di Sepanyol? pembunuhan beramai-ramai yang diadakan selepas Sepanyol jatuh akibat perang Salib

1 April menandakan tarikh pembunuhan beramai-ramai apabila umat Islam ditipu oleh pihak salib yang menyatakan bahawa mereka dapat meninggalkan wilayah Sepanyol dengan selamat dan aman, malah pihak Salib menyediakan kapal kepada mereka. namun, semuanya adalah palsu sahaja, kerana apabila umat Islam tiba di pelabuhan untuk berangkat. pihak salib membakar kapal-kapal tersebut dan rumah-rumah umat Islam. bagi sesiapa yang masih lagi menyorok di dalam rumah kerana tidak mempercayai tipu helah pihak salib- mereka telah dibakar hidup-hidup. orang-orang di pelabuhan pula dibunuh tanpa rasa belas kasihan, tanpa mengenal umur dan jantina.
CREDITS TO THE OWNER :3

laut yang biru kemudiannya bertukar menjadi warna merah kehitaman akibat air laut yang telah bercampur dengan darah yang banyak. pihak salib kemudian mengisytiharkan hari tersebut sebagai hari April Fool. di mana hari tersebut bermaksud mereka berjaya memperdayakan umat Islam yang digelar Fool.

salah satu peraturan pada hari ini adalah, anda tidak boleh menyimpan dendam dan berasa marah apabila diperdaya. walaupun anda hanya berniat untuk bergembira dan tidak berniat untuk meraikan hari April Fool ini tetapi sanggupkah anda -
meraikan hari di mana umat Islam disembelih secara beramai-ramai?

renung-renungkanlah :]